Sedar tak sedar bulan puasa makin hampir, maka kita akan merayakan Hari Raya Aidilfitri sekali lagi. Syukur alhamdulillah & insyaallah kita masih ada di sini untuk merayakannya sekali lagi dengan family tercinta. Masa saya kerja makan gaji dahulu dah mula kecoh-kecoh persiapan Raya walaupun belum masuk bulan Ramadhan lagi... He3 maklumlah siapa yang tak suka rayakan! Dapat cuti panjang,... shopping,... bonus Raya,...ziarah- menziarahi,... untung lagi siapa yang dapat hamper Raya!
Nurgift4u di sini ada menyediakan tempahan untuk hamper Raya 2009 bagi semua yang ingin menghadiahkan pada teman istimewa, rakan seperjuangan, rakan niaga, bos2, tauke2, ibubapa, mahupun untuk di bawa pulang ke kampung halaman sebagai tanda terima kasih anda kepada mereka. Maklumlah, kadang-kadang dengan ucapan kata terima kasih sahaja tidak mencukupi tanpa didatangi dengan buah tangan yang menarik.... :) Akan di jadikan kenang-kenangan & ingatan sepanjang hayat.
Hamper Nurgift4u sediakan ini masih mempunyai ciri2 tradisional & kemelayuan, itukan dah menjadi tradisi & 'trademark' masyarakat Melayu walaupun umumnya kita tahu semua bangsa menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri ini. Kalau anda mahukan rasa biskut & kek homemade & bukan rasa 'kilang' di sinilah anda boleh perolehi. Harganya sangatlah berpatutan dengan kualiti bekas hamper yang di sediakan antaranya diperbuat daripada buluh & rotan yang unik serta boleh diguna pakai. Akan datang Nurgift4uakan menambah beberapa lagi option hamper untuk pilihan anda nanti...!
HAMPER-HAMPER HARI RAYA AIDILFITRI 2009 SALAM LEMBARAN UNTUK SEMUA TANDA INGATAN
BINGKISAN SUCI RM28 (***DOORGIFT***)
Pakej hamper ini sesuai untuk di jadikan sebagai doorgift untuk tetamu di majlis-majlis. Bekas hamper yang kemas dari material kayu & board keras kelihatan kemas bersama cetakan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI di permukaannya. Di dalam pakej hamper ini terdapat 1 kotak kecil biskut & 1 kotak kecil kurma tanda ingatan kepada tetamu untuk di bawa pulang. Hanya berharga RM30.00 sahaja.
******************************************
SONGKET AIDILFITRI RM70
Kotak diperbuat daripada kayu berkualiti ini 'exclusive' dengan perhiasan kain songket menunjukkan kemewahannya. Bingkisan yang simple tetapi mampu mengekalkan ciri-ciri 'exclusive' sesuai untuk di hadiahkan kepada rakan korporat mahupun pekerja2 yang setia bersama anda. Berharga RM70 (4 item) mempunyai 2 jenis biskut tradisi & moden, kurma berserta buah apricot. (stok bekas telah habis)
BINGKISAN SALAM RM80
'Bingkisan Salam' didatangi dengan kotak yang dianyam daripada buluh. Bingkisan ini mempunyai 2 jenis biskut, coklat berjenama, kek pilihan & cenderahati tanda ingatan hanya RM80 (5 item) sahaja...
NUR KASIH RM80 (untuk kekasih)
Pakej ini direka khas istimewa untuk di hadiahkan buat kekasih hati. Cuma RM80 (7 item) sahaja hamper yang comel & menarik ini berserta 3 jenis biskut, coklat berjenama, 'Scented Candle' untuk ketenangan, 'Ros Design Mug' untuk kegunaan harian buat tersayang & 'Little Teddy Bear' (PERCUMA) tanda ingatan selamanya. Tentunya pakej ini buat si dia ingat selalu! (*Sejambak bunga segar sebagai tambahan mengikut tempahan)
SESUCI LEMBARAN RM120.00
Nama yang menarik lambang keikhlasan hati anda kepada si penerima. Dengan RM120 (6 item) anda bakal menerima 3 jenis biskut, 1 kuih tradisi, 'Sparkling Juice' & cenderahati!
NYAMAN FITRI RM120
Bekas hamper yang juga boleh dijadikan beg tangan wanita atau tempat menyimpan aksesori diperbuat daripada anyaman buluh ini sangat unik. 'Anyaman Citra' ini disertakan 3 jenis biskut, 1 kuih tradisi, kek pilihan & cenderahati cuma RM120 (6 item) sahaja...
SANGKAR ZAHIRKU RM170
'Sangkar Zahirku' mengeratkan silaturahim tentunya menjadi ingatan selalu. Bekas sangkar & hiasan yang kreatif menarik mata yang memandang. Mempunyai 3 jenis biskut, kek pilihan, 1 kuih tradisi, coklat berjenama, kurma & apricot kering serta cenderahati kaca kristal berharga RM170 (8 item) sahaja!
SEBAKUL SINAR RM220
Sangat sesuai untuk di hadiahkan kepada rakan korporat. Bakul yang dihiasi keemasan ini berharga RM220 (11 item) sahaja dilengkapi dengan 3 jenis biskut, kek pilihan, 2 kuih tradisi, kurma & buah apricot, coklat berjenama, 'Sparkling Juice' & cenderahati kaca kristal. Bekasnya juga boleh dijadikan tempat bakul simpanan makanan untuk di bawa pulang ke kampung...
KARUN ABADI RM250
Sangat Tentunya pilihan ini menjadi satu keunikan yang tidak dapat dilupakan oleh sipenerima. 'Karun Abadi' ini mempunyai 5 jenis biskut, kek pilihan, 2 kuih tradisi, coklat berjenama, kurma & buah apricot, 'Sparkling Juice' & cenderahati kaca kristal serta alas meja satin berharga RM250 (14 item). Bekasnya hamper karun ini boleh dijadikan perhiasan rumah& tempat simpanan barangan kesayangan. Pakej ini tentunya menjadi kepuasan penerima!
NUFAIL ILHAM RM300
Pakej hamper ini tentunya memberikan kepuasan maksimum dengan kuantiti di dalam hamper. Terdapat 14 item iaitu 6 jenis biskut, 2 jenis kuih tradisi, kek, kurma 'Sunsweet', aprikot kering, chocolate, cenderahati alas meja satin/ alas meja corak English Rose termasuk kotak rehal. Keunikannya bekas hamper ini merupakan rehal kayu yang cantik dengan ukiran yang simple bersama tempat menyimpan Al-Quran. Apabila tempat rehal ditegakkan seola-olah bentuk sayap rama2. Setiap bekas biskut daripada bekas kaca yang mempunyai corak 'Engkish Rose Print'. Pakej hamper yang sangat sesuai untuk dihadiahkan kepada VVIP/VIP ini cuma berharga RM300 sahaja digubah dengan menggunakan GOLD ROSE & Kristal menonjolkan lagi kemewahannya!
PERMATA SYAWAL RM500
Pakej hamper ini tentunya memberikan kepuasan maksimum dengan kuantiti di dalam hamper. Terdapat 20 item iaitu 6 jenis biskut berserta 6 balang biskut, kek, kurma, aprikot kering didalam bekas kristal, jus kordial, chocolate berjenama, cenderahati alas meja. Keunikannya bekas hamper ini merupakan bakul 'picnic' yang boleh digunakan semula. Pakej hamper yang sangat sesuai untuk dihadiahkan kepada VVIP/VIP ini cuma berharga RM500 menonjolkan lagi nilai istimewanya!
TEMPAH 10 SET PAKEJ HAMPER BERHARGA RM200 KEATAS ANDA AKAN MENERIMA HADIAH PERCUMA BARANGAN PORSELIN UNTUK ANDA!!! (*selagi stok masih ada)
CENDERAHATI TAMBAHAN Anda juga boleh memilih Set TeaCup yang cantik ini didatangi bersama kotak yang menarik sebagai cenderahati tambahan dengan hanya RM50 sahaja.
Harap teman-teman, Puan, Tuan, Cik, Encik, Dato, Datin berpuashati dengan 'presentation' saya ini & dapat memberi sokongan kepada saya. Pemilihan bekas hamper ini saya pilih bukan saja sebagai bekas hamper semata, tetapi saya mahukan ia dapat digunakan untuk kegunaan lain juga. Sekiranya ada pertanyaan atau tempahan boleh hubungi saya sahaja, terima kasih...:)
TARIKH TUTUP TEMPAHAN 1HB SEPTEMBER 2009
Terma & syarat :-
* Setiap hamper akan di datangi dengan Kad Hari Raya Aidilfitri yang menarik tertera nama anda. * Anda juga boleh membuat pilihan bunga hiasan ROS (English Style) ataupun Orkid (Tropical Style) serta warna tema. * Rekaan bakul mungkin sedikit berubah mengikut stok tetapi konsep & kuantiti tetap sama. * PENGHANTARAN PERCUMA! Untuk atas RM80 sekitar Lembah Klang, Putrajaya, Shah Alam & Bangi & kawasan berhampiran dengannya. * Bayaran pendahuluan sebanyak 50% daripada jumlah tempahan perlu dibuat sebagai bukti tempahan & baki setelah/ semasa penghantaran di lakukan. * Bayaran boleh dibuat melalui bank in ke akaun Maybank atau boleh membuat transaksi terus menggunakan Maybank2u.com. Sila sms untuk mengesahkan pesanan & keterangan no akaun.
Sharing is caring, bolehla kit atukar2 resepi & cari idea2 apa nak masak ni. Selalu makan kat luar pun x puas rasanya. Sesiapa yang nak resepi di atas atau nak mengorder katering homemade sila lah hubungi.... Nantikan resepi bonda....
RESEPI MASAKAN KAMPUNG
1) KETAM MASAk LEMAK KUNING
Kalau nak sedap kuahnye kena pakai kunyit hidup kalau serbuk tu kira gred B la... kah3
2) LALA TAUCHU HALIA
Lala ni makan panas2 fresh alamak... best nye!
3) KANGKUNG BELACAN POWER
4) TAUGEH TAUHU SONATA (CEEEWAH!!!)
5) AGAR2 GULA MERAH SUSU
Agar2 ni do order oleh cikgu2 Sek Sri Petaling 3 dulang besar tuh... wat makan2 kat sekolah
RESEPI MASAKAN NYONYA
Alamak... resepi masakan baba nyonya sy masak baru2 ni..... MELETUP!!! Siap tambah2 lagi 'Finger Licking Good'. Ni semua pasal tengok program TV3 'Nikmatnya M'sia' dgn biskut Munchies tu cite pasal bandar Melaka. Ajak hubby ke sana busy. Jadi elly pun lepas geram la masak baba & nyonya pun jadilah! Memang sy gemar makan chinese food with malay twist ni... Asam pedasnye memang KAW & WANGI (angkat bakul lah pulak!) & Ayam Pong Teh memang sesuai sesiapa yang nak ubah selera lain dari yang lain... Nyam! Nyam! Sesiapa yang teringinkan rasa makanan Baba & Nyonya ni blh hubungi. Gurentee HALAL!!!
1) Ayam Pong Teh a.k.a Chicken with Soy Beans Sauce
2) Asam Fish Nyonya a.k.a Asam Pedas
Asam pedas ni Elly makan dgn hubby siap mangkuk sorang satu... nak hirup kuah dia. Hubby pulak siap ratah bunga kantan & serai lagik. Hebat!
3) Garlic Pak Choy
Elly kalau masak sayur memang x pakai gula & garam sebab soya sauce dia memang dah mengeluarkan rasa yang best. Pastu syur pulak mesti bila makan rangup... barulah kekal vitamin yang ada.
Saja je nak berkongsi petua, manalah tahu boleh digunakan walaupun kita hidup dalam zaman moden ni jangan lupa yang lama.... Slamat membaca!
1) cuba letakkan satu keping potongan kulit nanas pada tiap-tiap tingkat didalam peti
sejuk.bau yang tidak sedap akan hilang kerana diserap oleh kepingan nanas itu.
2) campurkan beberapa keratan akar pandan dengan daging yang hendak dimasak.
Daging akan cepat empuk dan jimat masa.
3) empukkan tulang ayam tua atau daging ialah rebus dengan beberapahelai daun
nangka.
4) masukkan beberapa keping tempurung kelapa tua kedalam masakan daging.
Potong besar-besar dan bersihkan. Daging cepat empuk dan sedap dimakan.
5) untuk melicinkan muka ambil tepung pulut dan campurkan sedikit air. Uli seperti
doh, lumur dan gosok pada muka. Buat seminggu sekali. Insya-Allah hasilnya
pasti memuaskan.
6) harumkan peti sejuk. Ambil sebotol esen vanilla, letakkan sedikit dalam bekas kecil
dan simpan sekali didalam peti sejuk anda. Insya-Allah akan berbau harum dan
menyegarkan.
7) hindari lepas. Masukkan daun pandan ke dalam almari makanan atau pakaian.
Insya-Allah lipas tidak berani dekat.
8) untuk mengekalkan kecantikan wajah ambil tawas yang licin permukaannya.
Gosok ke seluruh wajah setiap kali habis mandi. Lakukan secara teratur baik pagi
mahupun malam.
9) apabila tersiram air mendidih, gosoklah dengan air sabun perlahan-lahan secara
terus menerus.
10) hilangkan bau badan dengan menumbuk 7 helai daun limau itu sampai halus, lalu
bulat-bulatkan dengan madu secukupnya. Makanlah 3 kali sehari.
11) sebelum digosok baju sutera masukan ke dalam peti sejuk dan biarkan
semalaman. Insya-Allah baju anda akan kelihatan baru dan berseri.
12) hindarkan kelkatu di rumah terutama di lampu kalimantang dengan
menggantungkan beberapa tangkai cili kering di lampu tersebut.
13) untuk mencegah nyamuk, hancurkan beberapa helai daun limau yang masih hijau
kemudian masukkan ke dalam bekas atau pinggan dan letakkannya di tempat yang
banyak nyamuk bersembunyi.
14) batu tumbuk yang baru di beli tentu berpasir bila menggunakannya. Untuk
menghilangkannya tumbuk dahulu dengan hampas kelapa kemudian basuh.
15) ambil 1 ketul arang batu, bungkus dengan perca kain dan masukkan dalam peti
sejuk ia tidak akan berbau lagi.
16) ikan kering yang terlalu masin tidak enak di makan. Untuk mengurangkannya,
rendamkan ke dalam air kelapa selama minit. Insya-Allah rasa terlalu masin pada
ikan akan hilang.
17) cara mengekalkan kesegaran ikan, siang ikan tetapi jangan dicuci sebaiknya
masukkan ke dalam beg plastik dan simpan didalam peti sejuk. Ikan akan tetap
segar walaupun lebih semiggu.
18) kunyit selain digunakan sebagai perasa ia juga dapat menyembuhkan sakit ketika
diserang angin senggugut. Caranya makan mentah sebagai ulam ketika makan
nasi.
19) jika inginkan biji cili hancur ketika di mesin, masukkan 1 sudu kecil minyak
masak. Insya-Allah anda akan dapati tiada yang tinggal, semuanya akan menjadi
halus dan hancur.
20) perabot rotan selalu berhabuk dan kelihatan pudar. Untuk mengilatkan kembali
cuci menggunakan minyak kelapa.
21) bila ada kenduri kahwin selalunya ada hantaran buah-buahan. Untuk kelihatan
segar, cuci buah-buahan tersebut dengan minyak kelapa kemudian renjiskan
dengan air.
22) bagi mengelakkan gelas pecah sewaktu menuang air panas, letakkan tuala basah
dibawahnya.
23) cara menghilangkan keputihan ialah memakan kuntum bunga siantan (menjarum)
bersama dengan daun sireh. Sebagai ulam pula makanlah kuntum bunga inai
putih. Amalkan setiap hati.
24) untuk menyegarkan sayur, balut dengan kertas putih sehingga tidak nampak
kemudian balut dengan kertas plastik. Insya-Allah sayur akan tetap segar.
25) jika anda tercucuk duri, untuk menghilangkannya ambil getah betik dan sapukan
ke tempat yang tertusuk. Insya-Allah akan sembuh dan duri akan keluar dengan
sendirinya.
26) semut boleh dihalau daripada makanan. Caranya bakar kulit telur hingga menjadi
abu. Taburkan abu kulit telur ditempat yang selalu semut kerumuni dan
disarangnya.
27) bunga kain mudah berdebu dan warnanya mudah luntur. Untuk mengatasinya
ambil lotion dan sapukan pada tiap-tiap kelopak bunga tersebut.
28) jika masakan anda termasin, matikan apinya dan kemudian basuh tudung periuk
tadi. Tutupkan kembali tanpa dikeringkan. Insya-Allah rasa masin tadi akan hilang
dengan sendirinya.
29) ambil 2 biji pinang tua kemudian keringkan. Bakar hingga jadi arang. Gosokkan
pada gigi sampai bersih, biarkan satu minit. Cuci dengan air bersih dan gigi akan
kelihatan putih.
30) tangan pijar terkena cili, jangan basuh. Sapukan tempat yang pijar dengan minyak
masak. Insya-Allah rasa pijar hilang.
31) rendam semalaman barang kemas dengan 3 sudu serbuk teh bercampur dengan 1
cawan air panas. Kemudian cuci barang kemas seperti biasa.
32) sebelum udang dan ketam dimasak, hendaklah terlebih dahulu direbus dengan
sedikit arang kayu yang bersih dalam sebuah periuk yang sama. Ini akan
mengelakkan dari terkena keracunan.
33) sapukan bedak serbuk di kawasan yang terkena kari atau sambal. Biarkan lebih
kurang 20 minit dan selepas itu rendam dan cuci seperti biasa. Kotoran pada
pakaian akan hilang.
34) bibir atau lidah pecah akibat tergigit, ambil getah pokok sena yang bewarna merah
dan sapukan ketempat yang pecah. Insya-Allah dalam masa 2 hari luka akan
sembuh.
35) haus dan bibir pecah? Ambil segelas air kelapa muda dan sebiji telur ayam
kampung. Campurkan kedua-duanya dan kacau sehingga rata. Selepas itu
minumlah ketka cuaca panas.
36) benjol tu bengkak akibat tejatuh. Ambil asam jawa dan campurkan dengan garam dan sedikit air. Selepas itu sapukan ke tempat berkenaan.
37) tuang ¾ air suam dalam gelas. Masukkan 1 sudu madu lebah dan juga air perahan
limau. Minumlah setiap pagi dan malam. Insya-Allah dalam satu minggu batuk
akan hilang.
38) ambil hampas kelapa dan lumurkan ke seluruh badan. Biarkan 45 minit sebelum
dibilas dengan air bersih. Lakukan 2 kali seminggu. Bau badan akan hilang.
39) hilangkan bau hanyir ayam. Setelah ayam dipotong, gaulkan dengan tepung
gandum dan perap beberapa minit. Kemudian cuci sekali lagi. Lemak ayam akan
keluar dan tiada hanyir.
40) untuk mengatasi gunting tumpul gosok-gosokkan mata gunting pada leher botol,
seperti sedang mengguntingnya. Ulang beberapa kali sehingga tajam.
41) ambil kapur sireh dan tamppalkan ke tempat yang terkena minyak panas. Kulit
akan menjadi sejuk dan tidak bengkak.
42) air basuhan beras janganlah dibuang. Ia bolehdigunakan untuk menyuburkan dan
mempercepatkan pengeluaran pokok bunga. Siramlah pokok bunga dengan air
siraman beras.
42) biasanya periuk kukusan baru akan meninggalkan kesan apabila digunakan.ambil
beberapa keping asam gelugur, masukkan ke dalam air rebusan, periuk akan
sentiasa putih.
43) agar muka kelihatan sentiasa bersih dan cerah, ambil putih telur dan sapukan ke
muka selama 30 minit. Setelah itu cuci dengan air biasa. Lakukan 3 kali
seminggu.
44) ambil sehelai kertas surat khabar, lipat dan gosokkan pada cermin. Lihatlah
hasilnya. Anda tidak perlu gumakan air atau kain basah.
45) untuk menghindarkan semut, letakkan beberapa tangkai cili kering di celah-celah
kabinet dapur terutama ditempat gula dan susu.
46) untuk menghilangkan demam panas. Ambil 1-2 biji bawang jantan (dikupas) dan
campurkan dengan sesudu cuka. Campurkan bahan itu ke dalam sedikit air. Jaram
di kepala anak dengan tuala.
47) wapkan muka pada asap nasi yang tengah mendidih dari periuk selama 20 minit, 2
atau 3 kali seminggu. Insya-Allah muka licin dan dan terhindar dari tompok-
tompok putih.
48) ambil sedikit kanji nasi, sejukkan. Sapukan pada jerawat biarkan kering dan
tegang dimuka. Cuci bersih dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga jerawat
kurang.
49) tahukah anda, bawang putih berkhasiat mencegah pelbagai penyakit. Oleh itu
biasakan makan bawang putih sama ada dimakan begitu saja atau dibuat ulam.
50) hilangkan getah keladi di tangan. Gosok anak lesung ke jari atau tangan yang
terkena getah keladi sambil mencucur air ke atasnya. Getah akan hilang.
51) Ambil abu ubat nyamuk bancuh dgn air. Sapukan ketuat setiap hari. Dalam
beberapa ari ketuau akan hilang.
52) Menyiang nagka getah yang melekat pada pisau akan jadi hitam & kotor.
Lumurkan minyak pada pisau dan bakar atas api. Kemudian lap dgn suratkhabar.
53) Apabila anda memakai kasut baru bahagian kaki melecet, jadi sapukan dulu lilin
hingga rata.
54) Elak keju drp berkulat. Bungkus padat keju tersebut dgn kain yg telah
dilembabkan dgn air garam.
55) Elakkan cermin muka kabr, ambil sebiji ubi kentang. Belah dua dan gosokkan pd
bahagian permukaan cermin.
56) Selepas rambut di syampu, bilas dengan air. Ambil limau nipis urut pd rambut dan
biarkan 5-10 minit. Kemudian cuci dengan air kelemumur akan hilang, rambut
bersinar.
57) Tumbuk arang hingga lumat. Kemudian bungkus dlm kain. Basahkan punjut
arang tadi sebelum mencuci alatan kaca. Kaca akan jadi berkilat.
58) Ambil daun durian belanda dan letakkan dlm almari pakaian atau makanan. Tikus
tdk akan berani dekat kerana tercium bau daun.
59) Jimatkan belanja, ambil sedikit ubat gigi sapukan pada barang kemas dgn sedikit
air. Gosok menggunakan berus gigi barang kemas akan berkilat.
60) Memilih kelapa isi tebal. Pilih kelapa yg agak bujur seperti telur ayam atau
tempurung jantannya agak lonjong ke hadapan.
61) Untuk mengelakkan tauge dr cepat layu rendamkan dalam perahan air limau nipis.
Bagi kila 1 kilo tauge gunakan 1 ½ biji limau nipis. Air sama banyak dgn tauge.
Tahan sehingga2-3 hari.
62) cawan yang mempunyai karat teh kehitaman boleh dikurangkan dengan mudah.
Ambil sepotong limau nipis dan gosok ke dalam cawan kotor tersebut.
63) untuk membersihkan botol kaca atau botol minuman, ambil air kelapa masukkan
ke dalam botol sehingga penuh. Biarkan semalaman. Esoknya bersihkan botol itu.
64) apabila luka akibat terkena pisau dan mengalami pendarahan yang lama, cuba
siramkan minyak tanah pada luka itu. Darah akan terhenti dan tidak akan terasa
pedih lagi.
65) ambil asam jawa ramas dengan secawan santan lalu ditapis. Kemudian basahkan
kepala dengan air asam itu lalu bungkus. Biar serap dan basuh, rambut akan jadi
lembut.
66) ambil satu sudu besar garam dan masukkan ke dalam besen berisi air. Kacau
hingga hancur. Kemudian pejam celikkan mata anda dalam air tersebut. Insya-
Allah rasa gatal di mata akan hilang.
67) tumbuk sebikit kunyit hidup dan bawang puth serta garam. Lumurkan rata-rata
pada ikan dan perap untuk beberapa minit. Cubalah, anda pasti menggmari rasa
enak ikan goreng tersebut.
68) hampas kelapa yang sudah tidak digunakan jangan dibuang merata-rata. Tetapi
tampalkan pada pangkal pokok limau krisik, pokok jambu atau pokok cili. Selain
subur, pokok atau berbuah selalu.
69) rendam beberapa keping roti didalam air, biarkan seketika. Kemudian gaulkan roti
tersebut dengan tepung. Hasilnya jemput-jemput menjadi sangat lembut dan enak
rasanya.
70) untuk hilangkan pahit ulam ambil 3 atau 4 helai daun keduduk. Basuh bersih dan
rebuslah bersama ulam tadi. Sudah masak, keluarkan daun keduduk itu.
71) ramai suri rumah mengeluh kerana daging yang mereka masak liat. Ketika
merebus daging masukkan satu cawan air kelapa ke dalam air rebusan. Jika tiada
air kelapa masukkan sudu.
72) untuk menyembuhkan ruam panas bayi, gunakan kanji nasi. Masak nasi menjadi
bubur. Ambil sedikit dan taruh ke dalam kain jarang. Ikat dan picit hingga keluar
kanjinya dan sapukan pada ruam.
73) buah-buahan yang dikupas berubah warna ketika dihidangkan. Cara
mengatasinya, celupkan potongan buah-buahan itu ke dalam air limau nipis.
74) anda dapat mengilatkan perkakas-perkakas di bilik mandi menggunakan minyak
tanah. Selain murah, cara ini sangat berkesan kerana semua kotoran mudah
dibersihkan.
75) garam yang lembab tentu menjejaskan mutunya. Bungkuslah sebaikmungkin
bekas garam dengan menggunakan kertas aluminium secukupnya agar udara tidak
meresap masuk.
76) bawang putih dan ikan laut meninggalkan bau tidak enak pada pisau yang
digunakan. Untuk menghilangkan bau tersebut gosoklah pisau dengan belahan
limau nipis.
77) di dalam cerek teh terdapat mendapan kapur, untuk menghilangkannya, isi cerek
cerek tersebut dengan air dan cuka dalam sukatan yang sama. Lalu didihkan
ramuan campuran ini dan biarkan.
78) jika anda sering sakit kepala, ambil beberapa helai daun sireh. Ramas-ramaskan
ke dalam mangkuk yang berisi air. Kemudian basahkan kepala dengan air dan
daun sireh.
79) sekiranya anda mempunyai banyak buah limau nipis, anda boleh menyimpannya
walaupun sehingga sebulan. Caranya, gali lubang dan tanam buah-buahan limau
tadi. Siram setiap hari.
80) bunga cengkih boleh digunakan untuk mrnjauhkan semut daripada makanan manis. Ambil beberapa kuntum cengkih dan letak di sekeliling makanan itu.
81) Untuk mengatasi kulit udang dr berbau, siramkan dengan air panas. Kemudian barulah di bungkus dan dibuan. Selain tdk berbau menghindari daripada lalat.
82) Menghindarkan jerawat petuanya ialah membasuh muka 2 hingga 3 kali seminggu dengan air kelapa tua. Pastikan muka kering dahulu. Kemudian cuci dengan air bersih.
83) Supaya cili kisar tahan lama, rendam dlm air sejuk semalaman. Kisar cili tersebut, rebus bersama minyak masak hingga kering. Apabila sejuk masukkan cili kisar ke dalam bekas kedap udara.
TEMPAHAN DADIH UNTUK SEMUA!!!
11hb yang lepas tugas Elly menyiapkan tempahan dadih yang di tempah oleh Kak Ani Tailor & Kak Nor sempena kenduri aqikah cucunya yang dah berlari tu... he3... dalam 300pcs cup dadih yang di tempah. Macam2 flavour yang boleh anda pilih antaranya vanilla (kegemaranku), anggur, orange, mangga, kiwi, jagung, strawbery, & honeydew. Dadih ni boleh tahan sehingga 1minggu dengan syarat anda simpan dalam peti ais/ais box/a.k.a fridge... Jadi kalau buat tempahan anda boleh simpan untuk makan esok harinya. Dadih ni memang kegemaran ramai budak2, kakak2, abang2 semua golongan mengemarinya sebab rasanya 'simple & just nice' memang sesuai untuk apa2 saja jenis meraian, perayaan, sambutan & kenduri...
Untuk Kak ani sekeluarga terima kasih banyak2...
Ni contoh cup yang cute... dari atas perisa strawbery, vanilla, grape & honeydew.
Penuh kotak besar ni untu tempahan kak ani.
Tempahan ni boleh buat seawal yang mungkin & untuk 50pcs ke atas sahaja. 50-100 harganya cuma 70sen = 1 pcs & untuk 101- keats 50sen = 1pcs.... Hubungi 0122373556 segara!
Sudah tentunya menjadi Raja Sehari adalah impian setiap insan dan pastinya pada hari instimewa tersebut kita nak semuanya perfect. Pengalaman saya sebagai bakal pengantin & menjadi pengantin memang excited. Dan kadang kala fikiran kita boleh jai blank dek kerana banyaknye senarai & persiapan yang perlu dilakukan. Perancangan awal memang sangat penting bagi mengelakkan ada perkara-perkara yang tertinggal...
Sebagai contoh semasa saya sendiri menjadi pengantin semua benda kononnya nak dibuat sendiri, yang itu, yang ini....akhirnya hantaran semua mengambil masa siap saat-saat akhir. Nasib baik tak kena heart attact. Jangan salah faham disini... masa itu saya berkerja & jadi pengantin tau... so kelam-kabut la termasuk rasa debar nak jadi isteri orang! Kini saya menjalankan perniagaan ini sepenuh masa. Dulu saya sangkakan buat hantaran sendiri lebih jimat, tetapi sebenarnya kemampuan emosi, fizikal & perasaan kita sebagai bakal pengantin bercelaru jadi ramai bakal pengantin membuat perkara2 yang sebenarnya dia tidak perlu.
Sama jugalah kes kakak saya, sepanjang persiapan perkahwinan dia asyik menangis saja...he3. Sebab rasa stress, sensitif dan penat buatkan bakal pengantin cepat beremosi. Waduh! Begitu jugak adik saya...
Bakal pengantin sebenarnya tidak perlu melakukan semuanya persiapan. Mereka hanya perlu mengetahui konsep, perkara yang penting, flow & budget yang perlu. Lebih baik bakal pengantin bersedia fizikal & mental untuk persiapan menjelang sambutan kenduri & seterusnya.
Jadi saya disini juga menyediakan perkhidmatan Gubahan Hantaran Perkahwinan untuk bakal-bakal pengantin bagi meringankan kerja & stress. Segala konsep, warna pilihan & budget bakal pengantin boleh berunding. Insyaallah saya sedia menerima idea-idea bernas daripada semua. Yang berminat boleh hubungi Elly 0122373556 untuk temujanji...
Hai semua..., Ni projek terbaru yang baru selesai dijalankan. Gubahan hantaran pertunangan adik Siti Nur Islam (sedap nama dia...). Siti memilih untuk konsep English Garden dengan menggunakan warna Pink & Hijau. Memang sweet la, kerana menggunakan banyak roses... Gubahan yang elly buat ni biar jangan nampak terlalu sarat mahupun terlalu simple. Just nice, to see & to hold... Apapun semua terpulang pada budget & konsep yang diinginkan... Jangan segan bertanya, segan bertanya sesat jalan! Selamat Menjamu Mata....
#1 Buang perkataan malas dengan pantas – malas berlaku bila kita berseorangan. Jadi, pertama buang perkataan malas ganti dengan pantas dan anggaplah ada yang memerhati.
#2 Guna otak kanan iaitu otak kreatif – selalu mengubah perjalanan (approach) hidup hari demi hari. Namun, hasrat, target, sasaran, kehendak, kemahuan, azam dan cita-cita tetap sama.
#3 Beri stamina kepada diri sendiri – orang jadi malas sebab dia tidak bertenaga, tidak ada hasrat, target, sasaran, kehendak, kemahuan, azam dan cita-cita.
Renungan “ Perubahan yang paling baik ialah perubahan yang berlaku dari dalam sebab itu kekal, perubahan yang paling buruk ialah perubahan luaran sebab itu hanya lakonan”.